PRESS RELEASE
Be a Patriot, together in Unity we will make a Better Malaysia for all.


 

 

< BACK TO MAIN PAGE
13th March 2024
Kenyataan Akhbar : Manifesto PATRIOT


Kenyataan Akhbar
Rabu, 13 Mac 2024
 
 
 
Yang dihormati Editor,
 
Patriot berdiri teguh bersama YDP Agung dan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membasmi rasuah di negara ini.
 
Walaupun ada usaha oleh kartel kartel rasuah dan individu yang berkuasa untuk merosakkan perang terhadap rasuah, Patriot percaya bahawa kehendak rakyat dapat mengatasi masalah ini.
 
Usaha untuk memburukkan kerajaan semasa dan institusi-institusinya dan malah menggunakan media sosial untuk menyerang Perlembagaan kita, akan pasti mesti membawa kemarahan terhadap warga Malaysia.
 
Patriot telah merumuskan manifesto dan menjemput rakya Malaysia dan pemimpin untuk menyokong seruan kami.
 
Kami menyokong dengan tegas kenyataan baru-baru ini oleh YDP Agung, bahawa beliau tidak akan membenarkan sebarang bentuk rasuah di negara kita.
 
Kami berdiri teguh dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Madani untuk mendedahkan dan membawa kes-kes rasuah profil tinggi ke mahkamah.
 
Kami menyeru pihak kerajaan untuk terus memberi tumpuan nyata, juga terus mempunyai kehendak politik yang tinggi untuk memerangi rasuah dalam apa jua bentuknya.
 
Kami mengutuk usaha Presiden PAS dalam menghalalkan rasuah dengan menyatakan bahawa rasuah adalah halal.
 
Kami menyeru bahawa institusi-institusi berkepentingan di negara ini seperti SPRM dan PDRM harus dibantu, diperkukuhkan dan digalakkan dalam usaha pembenterasan ini untuk memerangi wabak rasuah. Dalam hal ini, kami mengalu-alukan institusi-institusi tersebut mendedahkan juga anggota mereka sendiri, yang ditemui berkompromi atau digunakan oleh agen-agennya pemusnah negara.
 
Kami akan menggerakkan kekuatan perkongsian dan bersekutu kami untuk memastikan bahawa setiap usaha yang dibangkitkan  untuk memerangi rasuah adalah dalam kepentingan terbaik untuk  menyelamatkan wabak rasuah ini di semua peringkat, di mana rasuah sedang merosakkan negara dan mengancam rakyat di masa masa akan datang..
 
 
PERSATUAN PATRIOT KEBANGSAAN
(PPM-005-14-22052017)
 
 
Kami menjemput media masa dan juga rakyat Madani untuk menyatakan dengan tegas dan berterusan, mengakui bahawa rasuah telah mengambil kepentingan yang besar dan ditunggani  selama beberapa dekad. Rasuah telah dilihat sebagai mempengaruhi bukan sahaja diperingkat tadbir urus negara tetapi juga mempengaruhi keseluruhan kewujudan negara. Ia mengancam kestabilan kepada negara, yang dulunya salah satu bintang terang Asia.
 
Oleh itu, kami menegaskan bahawa penyakit rasuah ini membinasakan, ia merosakkan teras negara, menghakis standard, mengkompromi keselamatan, kestabilan dan keamanan, di kesemua empat penjuru (politik, ekonomi, sosial, alam sekitar).
 
Kami juga menyeru untuk reformasi segera dan pendirian tegas dalam bidang pendidikan dan bidang kesihatan yang telah tergelincir sepanjang beberapa dekad ini. Kerajaan harus mulakan dengan membasmi rasuah di semua peringkat dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan (awam dan swasta).
 
Patriot menyatakan bahawa tidak boleh ada keraguan dalam proses membentangi isu isu rasuah.
 
Rasuah, dalam apa jua bentuknya, adalah rasuah, 
 
Kami membuat rayuan ini kepada pemimpin politik, wartawan dan media, badan-badan profesional, ahli akademik, aktivis media sosial, pemimpin kesatuan, ketua agama dan orang awam umum untuk terlibat secara ikhlas dan serius dalam memerangi rasuah.
 
 
Lt Col (Rtd) Dato' Zarazilah Mohd Ali
President
Persatuan Patriot Kebangsaan
MALAYSIA